~Mulanya Di Sini~
kalau tak melangkah kita tak tahu kita boleh berlari

~Warkah Buat Hawa~

Salam…
Selamat hari jumaat semua🙂

Da lama xmengupdate cerita baru kat blog ni…
Maklumla paper berderet2….
Kalah keretapi🙂
Hari ni pon kol 330 ada paper lagi…
Wish me luck ya…insyaAllah

Sempena hari jumaat ni,
Nk post entry yg baik2 + insaf sket la..
Mengambil keberkatan…
Moga kita sama2 mendapat manfaat dari artikel ni…
InsyaAllah🙂

Herm b4 2,
Entry ni sy dapat dari email yg mana cerita ni diambil dari dlm lmn ILuvIslam.com

Entry ni khas untuk kaum hawa….
Sama2 kita hayati dan mengambil mana yg baik jika dirasakan perlu….
Tepuk dada tanya iman….

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH….

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU

cinta-rama2hayati kata2 tersebut..begitu mendalam dan bermakna…

Sekian saja entry kali ni....
Jumpa lagi di lain entry..
Jaga diri hiasi peribadi *Cuak gila ngn paper hari ni...tido xlena..sume serba xkena...adoiiii*



4 Responses to “~Warkah Buat Hawa~”

  1. Salam alaikk ya sohabati,,,🙂
    Mulakan harimu dengan senyuman,,, hehe
    Bagus entry nie,,, smoga kite same2 m’jadi kaum hawa yg taat kepada TUHAN,,, ya,,, Jodoh kite telah ditentukan oleh-NYA,,, so,,, xperlu untuk m’cari,,, jodoh akan datang dengan sendirinye,,, jika di cari ditakuti tidak menepati,,, jika Adam&Hawa bertemu,,, jika tidak kuat Imannya,,, maka akan datangnya org ke-3,,, maka selalu lah berdoa’
    ~”Ya Tuhanku,,, aku berlindung padaMu dari bisikan-bisikan syaitan,,, dan aku berlindung padaMu ya Tuhanku,,, dari kedatangan mereka,,,”~

    *Smoga Tuhan mempermudahkan bagimu untuk menjawab soklan2 ujian ye,,,

    nota tangan:disebabkan arini ari jumaat,,, bak kata fana nak amik keberkatan,,, hehe so komen pun nak kene yang baik jugak la,,, tp arini je ye,,, ari lain kembali kepada diri yg asal,,, kui222,,, pasni fana ade gap yg lame kan,,, bestnye klo dpt balik umah,,, huhu,,, sy jugak yg ade exam mingu dpn,,,

    • InsyaAllah…
      Mungkin ada hikmah d sebalik tiap kejadian…
      Allah dtgkan ujian untuk menguj hamaba2Nya dlm bnyk bentuk..

      Moga jodoh kita dipermudahkan dn diperceptkan oleh Allah…
      Amin🙂

  2. alhamdulilah..moga semua insaf..=)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: