~Mulanya Di Sini~
kalau tak melangkah kita tak tahu kita boleh berlari

~TENTANG SAYA~

-Wif Cik Yana-

-Wif Cik Yana-

-Keluarga Tersayang-

-Keluarga Tersayang-

-Teman2 di UKM-

-Teman2 di UKM-

Salam..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Tak kenal maka tak tahu…jadi halaman ini membolehkan para pembaca mengenali sedikit sebanyak mengenai pemilik blog ‘MULANYA DI SINI’ ini…

Nama diberi FARHANA BINTI ABU BAKAR. Sudah semestinya seorang perempuan =) dan merupakakan anak sulung daripada 2 beradik. Saya masih lagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah, keluarga dan kerajaan sebagai seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (Saya bangga jadi warga UKM) dengan mengambil kursus PERAKAUNAN. Harap2 dapat jadi seoang akauntan yang berjaya satu hari nanti..insyaAllah.

Blog ini tercipta hasil dari pemerhatian rakan2 sekeliling yang mempunyai bog sendiri. Dengan blog, saya dapat berkongsi sedikit sebanyak (xboleh semua sbb xsemua benda boleh diceritakan…rahsia tetap rahsia heee) dengan rakan2 dan juga pembaca blog ini. Blog ni ibarat ruangan maya yang menyimpan cerita seorang insan yang bernama Farhana.

Hobi adalah membaca..melayari internet..mendengar lagu..godek2 laptop (bila tahap bosan menguasai diri) dan semestinya blogging sbg hobi yg baru =)

Lagu2 yang sy layan..boleh kata semuala layan. Kecuali dangdut dan hard rock..Sori la kpd peminat2 muzik tersebut. Sesunguhnya telinga ini xbisa menadah muzik2 sebegitu. Paling suka layan lagu sedih2. Entah kenapa….tapi itu la kenyataan. Pada saya, lagu2 sdih itu mempunyai muzik yang indah dan bait2 senikata lagunya juga indah..erk..saya bukan pelajar jurusan seni muzik..harap maklum =)

Bab2 cerita plak…currentlay citer jepun memonopoli cerita2 fav saya. Pada saya, citer jepun more to reality compared to others. Ye la..kalo cite melayu..konpem la hero selalu menang..tapi klao cite jepun..xsemestinya..dats y i like japan’s drama.. Tak ketinggalan..cite2 korea (cantik2 dan ensem2 plakonnya hii) dan filem omputih yang berunsur fantasi.. Relax sket kalo tgk. Tak serabut kepala..

Apa lagi nak cerita..???

cukup la sampai sini dulu sesi pengenalan diri. Kalau nak tahu lebih..baca la blog yang tak seberapa ni ya…~wink~ Saya mengharapkan agar blog sy ni dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Komen2 membina amatlah diharapkan.

Salam

kc3a9p219small2

No Responses to “~TENTANG SAYA~”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: